Sintok - 24 Oktober Pembina Kedah 4-Pembina Perlis 2, itu keputusan akhir perlawanan persahabatan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai semalam. Perlawanan yang pada mulanya dijangka akan dibatalkan kerana hujan lebat yang melanda venue perlawanan iaitu di Kompleks Sukan UUM Sintok akhirnya diteruskan juga dan berpihak kepada pasukan Pembina Kedah.
Walaupun perlawanan bermula agak lewat dan bermain dalam keadaan padang licin, kedua-dua pasukan tetap menunjukkan semangat setiakawan dan kesukanan yang tinggi serta memberikan komitmen yang baik terhadap perlawanan. Pembina Perlis diketuai oleh Hamzah Sakeran, pensyarah UNIMAP diwakili oleh pelajar-pelajar dari UITM Arau, UNIMAP, Politeknik Arau dan IPG Perlis manakala Pembina Kedah yang diketuai oleh Mohd Hisham Mohd Sharif rata-rata diwakili oleh pelajar UUM dan pelajar dari Kolej Matrikulasi Kedah.
Perlawanan berakhir sejurus sebelum Maghrib diikuti oleh Jamuan selepas solat Maghrib dan sesi taaruf ringkas selepas solat Isya di Masjid UUM. Rata-rata pemain Perlis yang ditemui selepas perlawanan menyatakan rasa syukur dapat memaut ukhuwwah dengan teman-teman baru walaupun tersungkur tewas di padang kompleks sukan.
Moga pertemuan kali ini bukan pertemuan yang pertama dan terakhir buat kita.
Sunday, October 24, 2010
Saturday, October 16, 2010
Jaulah Penyuntik Semangat


Setelah itu, Jaulah diteruskan lagi dengan mengisi slot lawatan bersama Penggerak Pembina Bangi, yang juga diadakan pertemuan di Pejabat Urusan PEMBINA di Bandar Baru Bangi. Pertemuan yang juga bermatlamatkan untuk meninjau cara kerja serta perkongsian idea dari PEMBINA Cawangan Bangi, telah memberi beberapa input beharga dalam lawatan kali ini. Pengisian diisi dengan taaruf ringkas dan perbentangan struktur organisasi serta program-program yang telah berjaya dilakukan oleh PEMBINA Cawangan Bangi.

Lawatan berakhir pada hari yang sama dan bertolak pulang sekitar jam 11.30 malam. Jaulah seharian yang diisi padat dengan lawatan dan ramah mesra dilihat telah mencapai objektif jaulah kali ini iaitu menyuntik semangat baru serta perkongsian pandangan tentang cara kerja perlaksanaan program yang dilaksanakan oleh barisan sahabat PEMBINA Pusat dan Cawangan Bangi. Diharap agar lawatan kali ini mampu menjadi batu loncatan serta permulaan kepada pembaikan aktiviti-aktiviti PEMBINA Kedah ke arah melaksanakan program-program yang bermanfaat buat belia khususnya belia di negeri Kedah.
Thursday, October 14, 2010
Majlis Hari Raya PEMBINA Kedah
SINTOK, 8 oktober - Seramai kira-kira 80 orang tetamu yang hadir memeriahkan majlis Hari Raya anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) negeri Kedah yang berlangsung pada detik-detik terakhir bulan syawal 1431 hijrah.
Majlis dihadiri oleh kebanyakkannya terdiri daripada pelajar-pelajar UUM itu diadakan di kawasan sekitar Masjid Sultan Badlishah, UUM. Turut menghadiri majlis tersebut, adalah pelajar dari Matrikulasi Changlun dan juga ikhwah dan akhawat yang tinggal di sekitar Jitra.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi PEMBINA Kedah dan kemudiannya sedikit pengisian tazkirah ringkas. Kemeriahan majlis yang berlangsung bermula pagi sehingga tengahari itu dilihat telah mengeratkan lagi silaturahim di antara tetamu yang hadir.
Tuesday, October 12, 2010
Selamat Datang ke web PEMBINA Kedah......
Salam..selamat datang ke blog PEMBINA Kedah 2010...semoga dengan pelancaran blog ini dapat membantu muslimin dan muslimat sekalian dalam mengikuti setiap aktiviti PEMBINA di samping dapat berkongsi pengetahuan...
Subscribe to:
Posts (Atom)

About Me
- PEMBINA Kedah
- PEMBINA adalah singkatan kepada Persatuan Belia Islam Nasional. Merupakan Badan NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Komited dalam pembangunan belia Islam yang menjadi generasi pewaris bangsa dan agama.
Blog Archive
:: Pautan Rakan Seperjuangan ::
-
-
-
-
-
Layari pembinaperak.net12 years ago
-
-
Kami Telah Berhijrah!13 years ago
-
-
-
-
-
-
Terima Kasih :)
Powered by Blogger.